Sunday, April 19, 2009

Meniti hari- hari yang berlalu


Hem baru nak start tulis blog nie....
Hari ini tetiba hatiku terasa sedih dan pilu....ntah mengapa aku pun tak pasti memikirkan masa depan yang tak pasti.....memikirkan kemanakah hala tujuku selepas ini....hem ini semua bergantung kepada takdir....takdir yang menentukan segala- galanya...jiwangla plak...tak pernah pun sebelum ini hehehehe.....baru nak mengarang ni...sebelum ini amatla malas nak mengarang kerana kepala otakku lebih berminat bermain- main dengan nombor. Sekarang baru nak mengarang...malu la plak..hehe.Semalam aku terasa amat terharu sekai, kekawan begitu bersemangat untuk pergi bermesyuarat tetapi aku hanya duduk di rumah, iyela nak confirmkan balik jadi ke tak, orang berkenaan tak de...so aku just diamkan diri, aku pk semua orang susah benar nak bagi kerjasama. Lebih kurang pukul 4 petang, 3 orang teman sekolah ku datang ke rumah dengan pakaian yang smart dan tnyer aku"ada ke tak meeting dengan cikgu ari nie"aku terharu dan malu pun ader semangat membara kawan- kawanku itu. Semangat ku kembali bangkit untuk meneruskan visi cikgu membentuk satu commitee alumni SMMT bagi sambutan Jubli Perak sekolah next year.Semoga berjaya...

Monday, April 13, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'